Hai semua,
Kami nak kongsi berita gembira dengan anda ni. Pemilik spa D'wafa Care, Puan Ida telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki tempoh hari dan kini sedang berpantang. Cakap pasal berpantang ni, kami nak cerita jugalah amalan-amalan tertentu semasa berpantang ni dan pendapat sains mengenainya. Ha, jangan tak tahu yang berpantang ni memang bagus untuk para ibu di sisi ilmu kedoktoran. Siapa kata berpantang ni kolot? 1. Urut badan Urut badan ni samalah dengan physiotherapy, jadi ianya selamat dilakukan tapi anda kena pastikan urutan dilakukan dengan lembut sebab tekanan yang kuat boleh mengganggu proses pemulihan semula jadi organ peranakan anda. 2. Barut Selalunya, barut dikatakan bertujuan untuk mengembalikan bentuk badan yang ramping. Hakikatnya, barut membantu menyokong tulang belakang dan abdomen ibu supaya tidak sakit badan. Walaubagaimanapun, ibu yang menjalani caesarean harus mengelakkan barut agar luka dapat sembuh dengan baik. 3. Jamu Jamu pula selamat dimakan atau diminum kerana ia merupakan ubatan tradisional asalkan tidak berlebihan. Ibu perlu ingat bahawa jamu yang diambil akan ada kesannya pada bayi yang disusukan. 4. Tidak boleh bersama suami Selama berpantang, ibu dinasihatkan tidak melakukan hubungan bersama suami untuk memastikan organ-organ peranakan ibu benar-benar pulih dan mengelakkan post-partum blues akibat keadaan mental dan fizikal yang tidak stabil. Di D'wafa Care, kami ada pakej rawatan selepas bersalin untuk memulihkan kesihatan ibu. Hubungi kami untuk bertanya lebih lanjut.
1 Comment
Alamak...produk ni tak best lah! Mesti anda pernah beli produk baru tapi tak guna sampai habis kan?
Ha, jangan buang dulu sebab D'wafa Care nak bagi tips untuk anda repurpose produk-produk tu. Pelembap muka - ada pelembap muka yang tak habis guna lagi? Jadikannya krim tangan dan kaki! Tangan dan kaki anda penting untuk dijaga tau, bahagian badan yang mana lagi yang paling banyak buat 'kerja'? Sekali sekala, anda boleh singgah ke spa kami untuk menyegarkan seluruh badan. Syampu kelemumur - rambut jadi kering bila guna syampu kelemumur kan? Ha, anda boleh gunakannya untuk 'turunkan' warna rambut anda tau. Yelah, kadang-kadang warna rambut yang kita nak tak sama macam yang salon buat. Beauty oil - ada masanya, anda tertuang lebih minyak ke telapak tangan sebab sifat minyak yang mengalir. Jangan rasa bersalah sebab anda boleh sapukan pada rambut dan kuku. Dan hey hey hey anda boleh juga gunakannya sebagai pengilat pipi tau! Kalau anda nak 'naikkan' pipi dan nampak cantik, D'wafa Care ada rawatan totok wajah untuk anda 😉 Hi again ladies, D'wafa Care has the latest news from the beauty industry for you!
Kami rasa teruja sangat dengan benda-benda baru dalam dunia kecantikan ni dan kami nak berkongsi dengan anda. 1. Bulu mata magnetik Ladies, sekarang ni kita dah tak payah pakai gam bulu mata tau. Syarikat kosmetik dah cipta bulu mata magnet untuk memudahkan kita. Konsepnya, kita cuma letakkan selapis dekat atas bulu mata dan selapis lagi dekat bawah bulu mata. Senang sangat. P/s: kalau nak bulu mata melentik semi-permanent, D'wafa Care boleh buatkan untuk anda. 2. Lilin lucid Siapa suka aromaterapi? Kami suka dan kami berkenan sangat dengan lilin yang tak akan cair ni. Konsep produk ni, kita isikan cecair lucid dan bakar sumbu. Cecair tu je yang akan terbakar, lilinnya tidak. Tak adalah membazir lilin lagi. 3. Blow rambut dan Manicure serentak Di New York, ada satu salon rambut yang menyedikan perkhidmatan blow rambut dan manicure secara serentak dalam masa 45 minit. Seronoknya boleh melaram rambut dan kuku sekaligus! D'wafa Care tak buat perkhidmatan mendandan rambut, tapi mungkin kami boleh sekalikan manicure dan pedicure ke? What do you suggest? 4. Syampu kering berbuih Syampu kering mungkin lebih popular di kalangan mereka yang freehair, tapi sebenarnya wanita bertudung yang aktif pun elok gunakannya tau? Jen Atkin yang mendandan the Kardashians dan Chrissy Teigen mencipta syampu kering yang berbuih (macam mousse, bukannya macam bedak) jadi peluh dan kotoran diserap sempurna dan rambut pun ada volume, tak leper. Cool kan semua ni? |
Siapa kami?
Kami adalah terapis kecantikan yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda. Capaian
Kategori
|