Hai! Kali ni kami nak kongsikan beberapa tips kecantikan untuk anda.
Macam mana nak elakkan lipstick daripada pudar/hilang? Frustrating kan, bila lipstick tak tahan dekat bibir? Supaya warna lipstick tak pudar atau hilang, anda kenalah apply tiga layer lipstick. Blot dengan kertas serap minyak sebelum tambah setiap layer tu sebab kertas serap minyak mengandungi hydroxyapatite yang menyerap minyak dan lembapan punca warna lipstick hilang. Macam mana nak elakkan concealer merekah dekat bawah mata? Ini pun annoying jugak, bila ada garis-garis muncul dekat bawah mata lepas kita makeup. Elakkannya dengan cara tunggu moisturizer atau eye cream anda menyerap dulu sebelum anda guna makeup pada bawah mata. Satu lagi, anda boleh gunakan haba pada jari untuk memudahkan concealer melekat pada kulit bawah mata. Macam mana nak buat manicure tahan lama? Anda mesti rasa macam princess lepas buat kuku di D'Wafa Care kan? Ha, kalau anda nak kuku anda berkilat lama, anda kenalah pakai sarung tangan bila buat kerja-kerja rumah. Selain kuku, kulit tangan anda pun akan kekal lembut tau sebab kami exfoliate kulit tangan anda dan urut dengan losyen dalam manicure kami. Hopefully these tips help!
0 Comments
Spa khusus untuk muslimah ini menyediakan ruang yang kondusif bertemakan warna coklat dan merah jambu yang memberi unsur ketenangan dan kelembutan buat para pengunjung. Lokasinya yang strategik berdekatan pusat membeli belah AEON Seri Manjung menjadikannya tumpuan pelanggan. Selepas shopping, kakak-kakak dan adik-adik bolehlah membelai diri di sini :-) Perkhidmatan kecantikan di sini dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan memiliki teknik istimewa yang menjadi pujian pelanggan tetap kami. Rasai keistimewaan sentuhan tangan jurukecantikan di D'wafa Care yang menyegarkan muka dan tubuh badan anda menggunakan produk-produk yang berkualiti tinggi. |
Siapa kami?
Kami adalah terapis kecantikan yang ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda. Capaian
Kategori
|